Broadcast Media - , ,
Projek portal ‘Brewster Post' ini dimulakan oleh empat orang anak muda yang menetap di Ipoh yang mempunyai inisiatif untuk mengekalkan estetika industri kreatif di bandar Ipoh melalui penubuhan media. Melihat kepentingan media sebagai platform utama dalam mencungkil apakah yang terdapat di bandar ini, ianya merupakan suatu peluang yang cukup baik sebagai sebuah ejen penyebar kepada masyarakat setempat dan luar tentang kegiatan industri di bandar ini melalui dokumentasi, penulisan dan juga aktiviti.