Education Management - Arau, Perlis, Malaysia
Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) mula dibina di atas tanah seluas 75 ekar pada bulan Januari 1998 di Arau, Perlis. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu pada 12 Ogos 1997. Kolej ini siap dibina pada bulan Mac 2000 dan mula beroperasi mulai 3 Julai tahun yang sama. KMP merupakan kampus yang moden dan mempunyai kelengkapan terkini selaras dengan hasrat dan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Negara. Institusi ini juga menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sains dan Sastera Ikhtisas di samping kursus-kursus elektif ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang. KMP telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000 pada tahun 2007.