Bagi memenuhi hasrat Kerajaan Negeri Johor bagi mewujudkan sebuah institusi yang menyediakan peluang pendidikan kedua kepada lepasan sekolah dan SPM, pada 3 Mac 1996, sebuah syarikat miliki penuh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bernama Ilham Ikhlas Sdn. Bhd. ditubuhkan bagi menyediakan program-program akademik dan kemahiran di kolej-kolej yang ditadbir selaras dengan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Nama asal Ilham Ikhlas kemudiannya ditukarkan nama kepada Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) pada 1997.