Member at Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya (AKIUM) - akiumofficial - Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya (AKIUM) ditubuhkan pada 12 Ogos 1976 bertujuan untuk memberi bimbingan kepada mahasiswa/i Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya supaya menjadi pemimpin yang berkaliber dalam kalangan belia. Selain itu, AKIUM juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli serta melahirkan kesedaran dalam diri mahasiswa/i tentang kepentingan bekerjasama dalam organisasi dalam menyelesaikan setiap satu perkara. Di samping itu, AKIUM juga menyediakan pelbagai program yang bermanfaat kepada mahasiswa/i yang meliputi pelbagai aspek seperti akademik, kebajikan, kerohanian, keusahawanan, kemahiran dan sukan demi meningkatkan pembangunan sahsiah diri serta kebolehpasaran graduan Universiti Malaya yang cemerlang dan bersifat holistik.